Laman ini bertujuan untuk berkongsi ilmu , pandangan dan memaparkan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Pendidikan Islam.Laman ini juga diharap dapat membantu pengguna di luar sana khasnya para pelajar dan guru dalam memperkukuh P&P dalam matapelajaran Pendidikan islam ini.
Mengenai Saya
NAMA ROSNI BT ABDULLAH
NO MATRIK D042592
PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
PENSYARAH DR.SULAIMAN SARKAWI
Rabu, 30 November 2011
Sabtu, 22 Oktober 2011
Galeri Ilmu.
Perayaan Islam. ( Maal Hijrah)
Aspek pengorbanan
Aspek persaudaraan
Uswatun Hasanah
Aspek perubahan sikap
Kepentingan perancangan yang strategik
MA’AL HIJRAH
Pendahuluan
Tanggal 1 Muharram memberi makna cukup
besar kerana dikaitkan dengan bermulanya penghijrahan Rasulullah dari Kota
Mekah ke Madinah selepas 12 tahun baginda berjuang menegakkan kalimah Allah di
Tanah Suci. Mengikut cacatan
sejarah, peristiwa hijrah Rasulullah bersama sahabatnya berlaku pada 622 Masihi sebagai tanda bermula sebuah
kerajaan Islam pertama di Madinah.
Kerajaan yang menyatukan golongan Islam Madinah(Ansar) dan Muhajirin
Mekah diatas nama Allah dan Rasul-Nya di bawah satu bendera perpaduan bernama
Islam. Bagaimanapun, pemberian nama
tahun Hijrah adalah inisiatif Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab ketika zaman
pemerintahannya iaitu pada 658 Masihi.
Pengertian Hijrah
Dari aspek bahasa- perkataan
Hijrah mengandungi beberapa pengertian.
Di
antaranya :-
· Berpindah daripada satu tempat ke satu
tempat yang lain seperti perpindahan Rasulullah daripada Mekah ke Madinah.
· Meninggalkan perbuatan yang dilarang
oleh Allah untuk melakukan segala suruhannya. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin
Habsyi bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud ::” Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang
dilarang oleh Allah” (Hadis riwayat Abu Daud)
· Mengasingkan diri daripada bergaul
dengan orang-orang Musyrik dan kafir
yangmemusuhi orang-orang Islam.
Dari segi istilah :
- Perkataan
Hijrah ini bermaksud perpindahan Rasulullah bersama sahabatnya dengan
meninggalkan Mekah ke Madinah kerana semata-mata mengikut perintah Allah
dan mempertahankan kesucian Islam.
Hijrah Para Rasul:
Pada asasnya peristiwa Hijrah bukan
sahaja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh Nabi yang lain
atas perintah Allah contohnya:-
Ø Nabi
Ibrahim diperintahkan berhijrah ke satu tempat yang lain iaitu Babilonia ke Mesir sepertimana firman
Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 26 yang
bermaksud: “ Aku hendak berhijrah kepada tuhanku, sesungguhnya Dialah
jua yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana”.
Ø Nabi
Musa juga diarahkan berhijrah dari Mesir ke Palastine kerana ancaman pembunuhan
terhadap baginda.
Ø Nabi
Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.
Sebab-sebab Hijrah.
Di
antara sebab-sebab penghijrahan Nabi
Muhammad ialah:-
ü Tentangan
hebat daripada kaum Quraisy
ü Permintaan
penduduk Madinah.
ü Mengatur
strategi dakwah
ü Madinah
tempat strategik untuk penyebaran Islam
ü Perintah
Allah
Kesan penghijrahan:
Peristiwa Hijrah telah meninggalkan beberpa kesan yang besar
dalam sejarah Islam. Di antaranya :-
ü Penubuhan
Negara Islam yang pertama- Madinah
ü Penggunaan
tahun Hijrah (tahun Islam)
ü Perpaduan
ummah- mempersaudarakan orang-orang Ansar dan Muhajirin
ü Islam
tersebar luas
ü Tiada
halangan
ü Nabi
menghubungi pemerintah-pemerintah bukan Islam di sekitar
Tanah Arab dengan mengajak
mereka supaya memeluk Islam.
. Pengajaran daripada Hijrah:
§ Pengorbanan
Saidina Ali
§ Pengorbanan
Saidina Abu Bakar
§ Pengorbanan
masa dan tenaga dalam kehidupan
§ Kesanggupan
Ansar menerima golongan Muhajirin
§ Kesanggupan
membantu golongan yang memerlukan.
§ Ketinggian
peribadi Rasulullah
§ Mencontohi
keperibadian Rasulullah
-Sifat-sifat
negatif ke positif
Contoh:
·
Pakaian yang menutup aurat
·
Mengembangkan potensi diri agar lebih
baik
·
Dalam kerjaya- usaha tingkatkan
kerjaya
·
Harta- usaha mencari kekayaan selaras
dengan syariat Islam.
§ Rasulullah
mengatur strategi dalam peristiwa hijrah yang membawa kejayaan.
§ Umat
masa kini perlu merancang strategi un tuk melaksanakan sesuatu perkara.
Perkara-perkara yang sunat dilakukan
pada bulan Muharram
v 1- 9hb
sunat berpuasa.
v 10 hb
sunat berpuasa ( hari Asyura)
v Menyapu
kepala anak yatim
v Bersedekah
kepada fakir miskin
v Bercelak
mata di waktu malam.
v Meluaskan
perbelanjaan keluarga.
v Memperbanyakkan
bacaan berikut ( sekurang-kurangnya 70 kali.)
حسبنا الله ونعم الوكيل
نعم المولى ونعم النصير
Penutup
Kesimpulannya
peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W yang disambut setiap tahun ini mesti dihayati
dan direalisasikan dalam kehidupan setiap individu muslim. Ia bukan sekadar sambutan yang berbentuk
“ritual” sahaja tetapi memerlukan kepada
perubahan dan tindakan yang menjurus kearah kecemerlangan dalam kehidupan.
Oleh
itu kita perlu meneruskan semangat hijrah Rasulullah dengan cara:-
·
Memiliki ilmu dan keterampilan untuk
mencapai kemajuan
·
Mempunyai keutamaan dalam menentukan
pelbagai masalah
Khamis, 20 Oktober 2011
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
Pengenalan.
Pendidikan Islam Tahun 3 terbahagi kepada empat asas utama iaitu Al-Quran , Ulum Syariah, Akhlak Islamiah, dan Jawi. Ulum Syariah pula terbahagi kepada 3 bidang iaitu Akidah, Ibadah, dan Sirah.
Bahagian Ibadah
Tajuk: Bahagian Hukum.
Hukum terbahagi kepada 5 bahagian, iaitu wajib, sunat,makruh,haram dan harus .
Pengertian Wajib.
Perbuatan yang dituntut melakukannya dan mendapat pahala, jika meninggalkannya mendapat dosa.
Contoh: Sembahyang fardhu, menutup aurat dan lain-lain lagi.
Pengertian Sunat.
Melakukannya mendapat pahala.Meninggalkannya tidak berdosa.
Contoh: Ibadah Korban.
Pengertian Makruh.
Melakukannya tidak berdosa, meninggalkannya mendapat pahala.
Contoh: Makan bawang
Pengertian Haram.
Melakukannya berdosa, meninggalkannya mendapat pahala.
Contoh: minum arak, berjudi.
Pengertian Harus.
Tidak berdosa sama ada melakukannya atau meninggalkannya.
Contoh: Tidur, makan
Contoh Soalan
.تنداكن فد جوافن يغ بتول
1. جنيس حكوم شرع تربهاكي كفد ------
- ا- 4 جنيس ب- 5 جنيس ت- 6 جنيس.
2. جنيس حكوم
شرع اياله واجب , سنة , هاروس , مكروه دان ------------
- ا- حرام ب – علمو ت – فهالا.
3. ملاكوكنن بردوسا , منيغكلكنن مندافت فهالا اداله
فغرتين ---------
- ا – واجب ب- حرام ت- مكروه
4. برجودي اداله ساله ساتو فربواتن ---------
- ا- سنة ب- حرام ت- مكروه.
5. دانتارا بريكوت اداله فركارا حرام كجوالي:
- ا- منجوري ب- مينوم ارق ت- سمبهيغ.
Pendidikan Islam Tahun 3( Bahagian Aqidah)
Tajuk: Beriman Kepada Hari Akhirat
· Beriman / percaya
kepada hari akhirat adalah rukun iman yang ke-5
· Setiap mukmin wajib benar-benar percaya bahawa Allah
akan membinasakan seluruh alam ini
(dikenali sabagai Hari Qiamat), Setelah itu manusia dihidupkan semula untuk menerima pembalasan terhadap amalan
mereka didunia ( setelah manusia
melalui suatu proses / perjalanan yang diatur Allah di akhirat )
Pengertian Hari Akhirat.
Hari Akhirat adalah hari
pembalasan baik dan buruk untuk manusia selepas berlakunya kiamat.Beriman
kepada hari akhirat merupakan rukun yang kelima daripada rukun iman.
Hukum Mempercayai Hari akhirat.
Kita wajib percaya dan
yakin adanya hari akhirat. Kita juga hendaklah percaya bahawa suatu hari
nanti
alam ini akan musnah
Dalil:
وبِالْأَخِرَةِهُمْ
يُوْقِنُوْنَ
Maksudnya: Dan mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat.
Cara Beriman dengan Hari Akhirat
Cara Beriman dengan Hari Akhirat
-
Yakin hari
Akhirat pasti berlaku
-
Yakin
setiap amalan akan dihisab
-
Yakin
pembalasan syurga neraka
KESAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
- § Berakhlak & berperibadi mulia
- § Suka melakukan amal kebajikan
- Menunaikan
ibadat dengan kusyuk dan mengharapkan keredaan Allah swt
- Bercakap
dengan percakapan yg baik dan bermanfaat
- Berkasih
sayang dan hotmat menghormati antara anggota keluarga
- § Menunaikan hak sebagai anak, ibubapa dan sanak saudara
- § Masyarakat hidup dalam keadaan aman & harmoni
- § Melakukan perkara yg bermanfaat dan menggunakan masa lapang, kekayaan & kesihatan utk menambahkan amal ibadat dan kebajikan
Langgan:
Catatan (Atom)
