Mengenai Saya

NAMA ROSNI BT ABDULLAH
NO MATRIK D042592
PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
PENSYARAH DR.SULAIMAN SARKAWI

Sabtu, 22 Oktober 2011

Galeri Ilmu.

Perayaan Islam. ( Maal Hijrah)


MA’AL HIJRAH

Pendahuluan

Tanggal 1 Muharram memberi makna cukup besar kerana dikaitkan dengan bermulanya penghijrahan Rasulullah dari Kota Mekah ke Madinah selepas 12 tahun baginda berjuang menegakkan kalimah Allah di Tanah Suci.          Mengikut cacatan sejarah, peristiwa hijrah Rasulullah bersama sahabatnya berlaku  pada 622 Masihi sebagai tanda bermula sebuah kerajaan Islam pertama di Madinah.  Kerajaan yang menyatukan golongan Islam Madinah(Ansar) dan Muhajirin Mekah diatas nama Allah dan Rasul-Nya di bawah satu bendera perpaduan bernama Islam.  Bagaimanapun, pemberian nama tahun Hijrah adalah inisiatif Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab ketika zaman pemerintahannya iaitu pada 658 Masihi.


Pengertian Hijrah

            Dari aspek bahasa- perkataan Hijrah mengandungi beberapa pengertian.    
           Di  antaranya :-

·     Berpindah daripada satu tempat ke satu tempat yang lain seperti perpindahan   Rasulullah daripada Mekah ke Madinah.
           
·   Meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah untuk melakukan segala                    suruhannya.  Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi bahawa        Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ::” Orang yang berhijrah ialah  orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah” (Hadis riwayat                   Abu Daud)

·   Mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang-orang Musyrik dan kafir  yangmemusuhi orang-orang Islam.

 Dari segi istilah :

  • Perkataan Hijrah ini bermaksud perpindahan Rasulullah bersama sahabatnya dengan meninggalkan Mekah ke Madinah kerana semata-mata mengikut perintah Allah dan mempertahankan kesucian Islam.






Hijrah Para Rasul:

            Pada asasnya peristiwa Hijrah bukan sahaja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh Nabi yang lain atas perintah Allah contohnya:-

Ø  Nabi Ibrahim diperintahkan berhijrah ke satu tempat yang lain  iaitu Babilonia ke Mesir sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 26 yang    bermaksud: “ Aku hendak berhijrah kepada tuhanku, sesungguhnya Dialah jua  yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana”.

Ø  Nabi Musa juga diarahkan berhijrah dari Mesir ke Palastine kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda.


Ø  Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.


 Sebab-sebab Hijrah.

            Di antara sebab-sebab penghijrahan  Nabi Muhammad ialah:-
ü  Tentangan hebat daripada kaum Quraisy
ü  Permintaan penduduk Madinah.
ü  Mengatur strategi dakwah
ü  Madinah tempat strategik untuk penyebaran Islam
ü  Perintah Allah


  Kesan penghijrahan:

             Peristiwa Hijrah  telah meninggalkan beberpa kesan yang besar dalam sejarah Islam.  Di antaranya :-
           
ü  Penubuhan Negara Islam yang pertama- Madinah
ü  Penggunaan tahun Hijrah (tahun Islam)
ü  Perpaduan ummah- mempersaudarakan orang-orang Ansar dan Muhajirin
ü  Islam tersebar luas
ü  Tiada halangan
ü  Nabi menghubungi pemerintah-pemerintah bukan Islam di sekitar 
                     Tanah Arab dengan mengajak mereka supaya memeluk Islam.



.  Pengajaran daripada Hijrah:


*      Aspek pengorbanan

§  Pengorbanan Saidina Ali
§  Pengorbanan Saidina Abu Bakar
§  Pengorbanan masa dan tenaga dalam kehidupan


*      Aspek persaudaraan

§  Kesanggupan Ansar menerima golongan Muhajirin
§  Kesanggupan membantu golongan yang memerlukan.
                       

*      Uswatun Hasanah

§  Ketinggian peribadi Rasulullah
§  Mencontohi keperibadian Rasulullah
           


*      Aspek perubahan sikap

                        -Sifat-sifat negatif ke positif
                          Contoh:
·         Pakaian yang menutup aurat
·         Mengembangkan potensi diri agar lebih baik
·         Dalam kerjaya- usaha tingkatkan kerjaya
·         Harta- usaha mencari kekayaan selaras dengan syariat Islam.


*      Kepentingan perancangan yang strategik

§  Rasulullah mengatur strategi dalam peristiwa hijrah yang membawa   kejayaan.
§  Umat masa kini perlu merancang strategi un tuk melaksanakan sesuatu   perkara.











Perkara-perkara yang sunat dilakukan pada bulan Muharram


v  1- 9hb sunat berpuasa.
v  10 hb sunat berpuasa ( hari Asyura)
v  Menyapu kepala anak yatim
v  Bersedekah kepada fakir miskin
v  Bercelak mata di waktu malam.
v  Meluaskan perbelanjaan keluarga.
v  Memperbanyakkan bacaan berikut ( sekurang-kurangnya 70 kali.)

حسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى  ونعم النصير








 Penutup


            Kesimpulannya peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W yang disambut setiap tahun ini mesti dihayati dan direalisasikan dalam kehidupan setiap individu muslim.  Ia bukan sekadar sambutan yang berbentuk “ritual” sahaja tetapi  memerlukan kepada perubahan dan tindakan yang menjurus kearah kecemerlangan dalam kehidupan.

            Oleh itu kita perlu meneruskan semangat hijrah Rasulullah dengan cara:-

·         Memiliki ilmu dan keterampilan untuk mencapai kemajuan
·         Mempunyai keutamaan dalam menentukan pelbagai masalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan