Mengenai Saya

NAMA ROSNI BT ABDULLAH
NO MATRIK D042592
PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
PENSYARAH DR.SULAIMAN SARKAWI

Khamis, 20 Oktober 2011

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3



Pengenalan.
Pendidikan Islam Tahun 3 terbahagi kepada empat asas utama iaitu Al-Quran , Ulum Syariah, Akhlak Islamiah, dan Jawi. Ulum Syariah pula terbahagi kepada 3 bidang iaitu Akidah, Ibadah, dan Sirah.


 Bahagian Ibadah 
Tajuk: Bahagian Hukum.
Hukum terbahagi kepada 5 bahagian, iaitu wajib, sunat,makruh,haram dan harus .


Pengertian Wajib.
Perbuatan yang dituntut melakukannya dan mendapat pahala,  jika  meninggalkannya mendapat dosa.
Contoh: Sembahyang fardhu, menutup aurat dan lain-lain lagi.


Pengertian Sunat.
Melakukannya mendapat pahala.Meninggalkannya tidak berdosa.
Contoh: Ibadah Korban.


Pengertian Makruh.
Melakukannya tidak berdosa, meninggalkannya mendapat pahala.
Contoh: Makan bawang


Pengertian Haram.
Melakukannya berdosa, meninggalkannya mendapat pahala.
Contoh: minum arak, berjudi.


Pengertian Harus.
Tidak berdosa sama ada melakukannya atau meninggalkannya.
Contoh: Tidur, makan


Contoh Soalan  
  
.تنداكن فد جوافن يغ بتول

1. جنيس حكوم شرع تربهاكي كفد ------
  • ا- 4 جنيس           ب- 5 جنيس       ت- 6 جنيس.


2. جنيس  حكوم شرع اياله واجب , سنة , هاروس , مكروه دان ------------
  • ا- حرام              ب – علمو            ت – فهالا.


3. ملاكوكنن بردوسا , منيغكلكنن مندافت فهالا اداله فغرتين ---------
  • ا – واجب             ب- حرام             ت- مكروه


4. برجودي اداله ساله ساتو فربواتن ---------
  • ا- سنة                 ب- حرام              ت- مكروه.


5. دانتارا بريكوت اداله فركارا حرام كجوالي:
  • ا- منجوري                ب- مينوم ارق       ت- سمبهيغ. 

1 ulasan:

  1. Bahan Mengajar yang dimuatkan ialah Power Point bagi bidang-bidang ulum syariah yang terdapat dalam pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu terdapat juga contoh-contoh soalan dan RPH.

    BalasPadam