Mengenai Saya

NAMA ROSNI BT ABDULLAH
NO MATRIK D042592
PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
PENSYARAH DR.SULAIMAN SARKAWI

Isnin, 12 Disember 2011

Zikir Dan Doa



Berdoa

Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani,pelerai kesulitan dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Dan apabila hamba-ku bertanya kepadamu mengenai-ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir .Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-ku. ( Surah Al-Baqarah : 186)

Rabu, 30 November 2011

Sabtu, 22 Oktober 2011

Galeri Ilmu.

Perayaan Islam. ( Maal Hijrah)


MA’AL HIJRAH

Pendahuluan

Tanggal 1 Muharram memberi makna cukup besar kerana dikaitkan dengan bermulanya penghijrahan Rasulullah dari Kota Mekah ke Madinah selepas 12 tahun baginda berjuang menegakkan kalimah Allah di Tanah Suci.          Mengikut cacatan sejarah, peristiwa hijrah Rasulullah bersama sahabatnya berlaku  pada 622 Masihi sebagai tanda bermula sebuah kerajaan Islam pertama di Madinah.  Kerajaan yang menyatukan golongan Islam Madinah(Ansar) dan Muhajirin Mekah diatas nama Allah dan Rasul-Nya di bawah satu bendera perpaduan bernama Islam.  Bagaimanapun, pemberian nama tahun Hijrah adalah inisiatif Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab ketika zaman pemerintahannya iaitu pada 658 Masihi.


Pengertian Hijrah

            Dari aspek bahasa- perkataan Hijrah mengandungi beberapa pengertian.    
           Di  antaranya :-

·     Berpindah daripada satu tempat ke satu tempat yang lain seperti perpindahan   Rasulullah daripada Mekah ke Madinah.
           
·   Meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah untuk melakukan segala                    suruhannya.  Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi bahawa        Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ::” Orang yang berhijrah ialah  orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah” (Hadis riwayat                   Abu Daud)

·   Mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang-orang Musyrik dan kafir  yangmemusuhi orang-orang Islam.

 Dari segi istilah :

  • Perkataan Hijrah ini bermaksud perpindahan Rasulullah bersama sahabatnya dengan meninggalkan Mekah ke Madinah kerana semata-mata mengikut perintah Allah dan mempertahankan kesucian Islam.






Hijrah Para Rasul:

            Pada asasnya peristiwa Hijrah bukan sahaja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh Nabi yang lain atas perintah Allah contohnya:-

Ø  Nabi Ibrahim diperintahkan berhijrah ke satu tempat yang lain  iaitu Babilonia ke Mesir sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 26 yang    bermaksud: “ Aku hendak berhijrah kepada tuhanku, sesungguhnya Dialah jua  yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana”.

Ø  Nabi Musa juga diarahkan berhijrah dari Mesir ke Palastine kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda.


Ø  Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.


 Sebab-sebab Hijrah.

            Di antara sebab-sebab penghijrahan  Nabi Muhammad ialah:-
ü  Tentangan hebat daripada kaum Quraisy
ü  Permintaan penduduk Madinah.
ü  Mengatur strategi dakwah
ü  Madinah tempat strategik untuk penyebaran Islam
ü  Perintah Allah


  Kesan penghijrahan:

             Peristiwa Hijrah  telah meninggalkan beberpa kesan yang besar dalam sejarah Islam.  Di antaranya :-
           
ü  Penubuhan Negara Islam yang pertama- Madinah
ü  Penggunaan tahun Hijrah (tahun Islam)
ü  Perpaduan ummah- mempersaudarakan orang-orang Ansar dan Muhajirin
ü  Islam tersebar luas
ü  Tiada halangan
ü  Nabi menghubungi pemerintah-pemerintah bukan Islam di sekitar 
                     Tanah Arab dengan mengajak mereka supaya memeluk Islam.



.  Pengajaran daripada Hijrah:


*      Aspek pengorbanan

§  Pengorbanan Saidina Ali
§  Pengorbanan Saidina Abu Bakar
§  Pengorbanan masa dan tenaga dalam kehidupan


*      Aspek persaudaraan

§  Kesanggupan Ansar menerima golongan Muhajirin
§  Kesanggupan membantu golongan yang memerlukan.
                       

*      Uswatun Hasanah

§  Ketinggian peribadi Rasulullah
§  Mencontohi keperibadian Rasulullah
           


*      Aspek perubahan sikap

                        -Sifat-sifat negatif ke positif
                          Contoh:
·         Pakaian yang menutup aurat
·         Mengembangkan potensi diri agar lebih baik
·         Dalam kerjaya- usaha tingkatkan kerjaya
·         Harta- usaha mencari kekayaan selaras dengan syariat Islam.


*      Kepentingan perancangan yang strategik

§  Rasulullah mengatur strategi dalam peristiwa hijrah yang membawa   kejayaan.
§  Umat masa kini perlu merancang strategi un tuk melaksanakan sesuatu   perkara.











Perkara-perkara yang sunat dilakukan pada bulan Muharram


v  1- 9hb sunat berpuasa.
v  10 hb sunat berpuasa ( hari Asyura)
v  Menyapu kepala anak yatim
v  Bersedekah kepada fakir miskin
v  Bercelak mata di waktu malam.
v  Meluaskan perbelanjaan keluarga.
v  Memperbanyakkan bacaan berikut ( sekurang-kurangnya 70 kali.)

حسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى  ونعم النصير








 Penutup


            Kesimpulannya peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W yang disambut setiap tahun ini mesti dihayati dan direalisasikan dalam kehidupan setiap individu muslim.  Ia bukan sekadar sambutan yang berbentuk “ritual” sahaja tetapi  memerlukan kepada perubahan dan tindakan yang menjurus kearah kecemerlangan dalam kehidupan.

            Oleh itu kita perlu meneruskan semangat hijrah Rasulullah dengan cara:-

·         Memiliki ilmu dan keterampilan untuk mencapai kemajuan
·         Mempunyai keutamaan dalam menentukan pelbagai masalah

BAHAN BANTU MENGAJAR.

Khamis, 20 Oktober 2011

NASYID KANAK-KANAK ISLAM

LAGU HURUH JAWI

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3



Pengenalan.
Pendidikan Islam Tahun 3 terbahagi kepada empat asas utama iaitu Al-Quran , Ulum Syariah, Akhlak Islamiah, dan Jawi. Ulum Syariah pula terbahagi kepada 3 bidang iaitu Akidah, Ibadah, dan Sirah.


 Bahagian Ibadah 
Tajuk: Bahagian Hukum.
Hukum terbahagi kepada 5 bahagian, iaitu wajib, sunat,makruh,haram dan harus .


Pengertian Wajib.
Perbuatan yang dituntut melakukannya dan mendapat pahala,  jika  meninggalkannya mendapat dosa.
Contoh: Sembahyang fardhu, menutup aurat dan lain-lain lagi.


Pengertian Sunat.
Melakukannya mendapat pahala.Meninggalkannya tidak berdosa.
Contoh: Ibadah Korban.


Pengertian Makruh.
Melakukannya tidak berdosa, meninggalkannya mendapat pahala.
Contoh: Makan bawang


Pengertian Haram.
Melakukannya berdosa, meninggalkannya mendapat pahala.
Contoh: minum arak, berjudi.


Pengertian Harus.
Tidak berdosa sama ada melakukannya atau meninggalkannya.
Contoh: Tidur, makan


Contoh Soalan  
  
.تنداكن فد جوافن يغ بتول

1. جنيس حكوم شرع تربهاكي كفد ------
  • ا- 4 جنيس           ب- 5 جنيس       ت- 6 جنيس.


2. جنيس  حكوم شرع اياله واجب , سنة , هاروس , مكروه دان ------------
  • ا- حرام              ب – علمو            ت – فهالا.


3. ملاكوكنن بردوسا , منيغكلكنن مندافت فهالا اداله فغرتين ---------
  • ا – واجب             ب- حرام             ت- مكروه


4. برجودي اداله ساله ساتو فربواتن ---------
  • ا- سنة                 ب- حرام              ت- مكروه.


5. دانتارا بريكوت اداله فركارا حرام كجوالي:
  • ا- منجوري                ب- مينوم ارق       ت- سمبهيغ. 

Pendidikan Islam Tahun 3( Bahagian Aqidah)

     Tajuk: Beriman Kepada Hari Akhirat

  Muqaddimah :
·   Beriman / percaya  kepada hari akhirat adalah rukun iman yang ke-5
·   Setiap mukmin wajib benar-benar percaya bahawa Allah akan membinasakan seluruh alam  ini (dikenali sabagai Hari Qiamat), Setelah itu manusia dihidupkan semula  untuk menerima pembalasan terhadap amalan mereka didunia (  setelah  manusia  melalui suatu proses / perjalanan yang diatur Allah di akhirat )

Pengertian Hari Akhirat.
Hari Akhirat adalah hari pembalasan baik dan buruk untuk manusia selepas berlakunya kiamat.Beriman kepada hari akhirat merupakan rukun yang kelima daripada rukun iman.

Hukum Mempercayai Hari akhirat.
      Kita wajib percaya dan yakin adanya hari akhirat. Kita juga hendaklah percaya bahawa suatu hari                      
       nanti alam ini akan musnah

      
        Dalil:    
      
 وبِالْأَخِرَةِهُمْ يُوْقِنُوْنَ

Maksudnya: Dan mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat.




Cara Beriman dengan Hari Akhirat

-          Yakin hari Akhirat pasti berlaku
-          Yakin setiap amalan akan dihisab
-          Yakin pembalasan syurga neraka

KESAN BERIMAN  KEPADA HARI AKHIRAT
  • §  Berakhlak & berperibadi mulia
  • §  Suka melakukan amal kebajikan

  • Menunaikan ibadat dengan kusyuk dan mengharapkan keredaan Allah swt
  • Bercakap dengan percakapan yg baik dan bermanfaat
  • Berkasih sayang dan hotmat menghormati antara anggota keluarga
  • §  Menunaikan hak sebagai anak, ibubapa dan sanak saudara
  • §  Masyarakat  hidup dalam keadaan aman & harmoni
  • §  Melakukan perkara yg bermanfaat dan menggunakan masa lapang, kekayaan &       kesihatan utk menambahkan amal ibadat dan kebajikan








SATU

Ahad, 2 Oktober 2011

Pengajaran dan Pembelajaran P.islam


Guru dan Ilmu.

Kita sudah maklum bahawa manusia memainkan peranan penting dalam mnggerakkan sesuatu sistem. Sekiranya manusia tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan,sesuatu sistem tersebut tidak akan berjaya mencapai objektifnya walau sebaik mana sistem tersebut.Dalam konteks ini, sebuah institusi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran yang diperlukan.Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka supaya profesionalisma dan kredebiliti mereka sebagai warga akademik dapat dikekalkan dan dimantapkan.

Nilai-nilai tinggi ini juga mampu membantu menaikkan tahap kreativiti dan inovasi seseorang guru  dengan melahirkan idea-idea baru sama ada dalam sistem, adat, kaedah, dan lain-lain.Perubahan yang berlaku dengan pantas memerlukan seseorang guru itu  sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap. Disebabkan kemahiran memerlukan pengetahuan, maka pembelajaran berterusan adalah penting untuk menjadi seseorang itu lebih professional dan sentiasa relevan mengikut perubahan masa. Pengetahuan dikalangan guru merupakan kunci kepada kejayaan dalam sesebuah organisasi. Justru, organisasi iaitu sekolah di mana anggotanya sentiasa mencari ilmu pengetahuan akan berusaha mencapai matlamat yang mereka kehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap guru akan meningkatkan lagi kompetensi dalam melaksanakan tugas. Pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu dalam sesebuah organisasi dapat memperkuatkan kemahiran bagi menghadapi cabaran serta mewujudkan peluang baru di masa hadapan.




Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan
.(Sayidina Ali bin Abi Thalib)




Starategi ,Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran P.Islam.

Menurut Kamus Dewan (2007) perkataan strategi dihuraikan sebagai rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayan. Strategi juga bererti kebijaksanaan dalam mengurus sesuatu perkara. Perkataan strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sering digunakan adalah merujuk kepada istilah yang sama.  Kelima-lima perkataan ini mempunyai ciri-ciri persamaan dan saling melengkapi namundalam konteks pendidikan pengertian di antaranya berbeza. 

Rashidi dan Abd. Razak (1995) membahagikan kaedah pengajaran kepada beberapa bahagian, iaitu kaedah pengajaran mendengar-bertutur, kaedah membaca –menulis, kaedah memerhati dan membuat. Guru sentiasa perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan dan juga tahap pengetahuan sedia ada pelajar. Kepentingan membentuk insan beriman dan bertakwa seperti ini menjadikan guru-guru agama sangat perlu menguasai penggunaan kaedah pengajaran agar dapat menyampaikan setiap ilmu agama dengan sempurna dan lebih baik. Selain itu, kaedah pengajaran juga dapat memudahkan pelajar menerima setiap ilmu yang diberikan terutamanya dalam aspek penghayatan.


Guru boleh menggunakan beberapa panduan sebelum mengaplikasikan  sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran;
2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai;
3. kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar;
4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar  kaedah itu mestilah yang
    boleh atau mampu diaplikasi oleh guru;